Antara kelahiran dan kematian
permulaan kisah seorang wanita
tersiart dan tersurat
sifat-sifat mithali .
Setelah hadirnya seorang insan yang bernama Suami
maka bermula saat itu bebaslahlah wanita itu
daripada tanggungjawab keluarganya sebagai anak
lalu beralih kepangkuan sisuami
untuk memikul tanggungjawab yang baru iaitu Surirumah tangga
segala kehidupan jua kematian dibawah tanggungjawab Sisuami .
Hadirnya insan yang bergelar Isteri
dipertengahan perjalanan hidup
lalu terbentuklah suatu harmoni rumahtangga
disitulah bermulanya satu salasila keluarga
yang baru.
Sebelum berumahtangga bagi seorang lelaki
segala suka duka ,tawa dan tangis
sentiasa disamping keluarga tersayang
setelah hadirnya seorang insan yang bernama Isteri
segala alam mayanya akan dipertanggungjawab
sepenuhnya oleh SiIsteri
membina syugawi dunia buat SiSuami .
Isteri …
adalah insan yang amat bermakna
dalam mengharungi perjalanan hidup
setiap saat setiap masa
bersedia berkorban apa saja buat SiSuami
menjadi teman ,menjadi kekasih menjadi ibu kepada anak-anak .
Isteri …
kasih sayang serta sikap perihatinnya
tiada nilainya amatlah berharga
sebenarnya Isteri adalah pegangan jua nafas kehidupan .
Isteri…
sebelum berkahwin berkorban demi keluarga
setelah berkahwin berkorban demi Suami
setelah menjadi Ibu berkorban untuk anak jua Suami
pengorbanan yang tiada akhirnya
menjadi benteng dalam mempertahankan keharmonian rumahtangga
jua kesejahteraan kebahagiaan keluarga .
Mengertilah lumlah kehidupan
bahawa seorang ibu hanya melahirkan anak (lelaki)
SiIsterilah yang akan menyambung warisannya
hingga akhir hayat
menjaminkan masa depan yang aman sentosa .
Isteri…
adalah satu anugerah yang tiada ternilai
andai dikata sahabat hanya sekadar teman berbicara
anadi dikata Isteri dialah segala galanya
bagi yang mengerti
dia umpama permata hati.
Hargailah pengorbanannya
sanjunglah ketulusannya
cintailah keikhlasannya
mengertilah kesetiaannya
tiada kesudahan andai bermula
akan berakhir dihujung nyawa .
0 vxcfgdsdhghgwegf yfteift:
Posting Komentar